Saturday, December 14, 2024

JOHOR 2014 : BATU PAHAT & KAHANG

BATU PAHAT, JOHOR
Batu Pahat also sometimes knows as Bandar Penggaram or by its initials BP, lies south-east of Muar, south-west of Kluang, north-west of Pontian and south of Segamat. The nama Batu Pahat means "chiselled rock" in Malay. 

Batu Pahat is also the hometown of my late brother-in-law and I went there for my sister's wedding.



On 24.9.2014, I attended a meeting at the MARA Poly-Tech College in Batu Pahat, Johor. The Batu Pahat KPTM was located in the Tabung Haji Building on Jalan Timah Sari, Batu Pahat.

The distance from Kuala Lumpur to Batu Pahat is 245 km and it takes 2 hrs 45 mins drive. 





Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat located at Tabung Haji Building at Jalan Gading Emas 4, Taman Gading Emas, Sri Gading, Batu Pahat, Johor. 
KPTM Batu Pahat is one of the KPTM branch colleges in the south of the country. An educational institution under the auspices of MARA.
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) formerly knows as Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) was established as a private higher educational institution in September 2003. 






We stay at BP Hotel, Batu Pahat




KAHANG, JOHOR
Kahang is a mukim in Kluang District, Johor, particularly known s the final stop before heading to the Endau Rompin National Park and located along the Malaysia Federal Route. 

SJK (CINA) KAHANG
JOHOR
21 DECEMBER 2014
The Malaysian Heart Foundation held a Community Program at SJK (Cina) Kahang on 21 December 2014 in collaboration with The Lions Clubs of Kluang, Johor. A total of 109 students and teachers attended the health check-up that day.










Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
14/12/2024: 10.45 p.m

KUALA LUMPUR: RUMAH NENEK NORMA DI CHOW KIT



RAMAI YANG MENGGELARKANNYA RUMAH DEGIL...
Rumah ini terletak di No.41 Jalan Chow Kit Kuala Lumpur...iaitu di tengah² pusat bandar dan juga tempat tumpuan orang ramai di ibu kota Kuala Lumpur. Struktur pembinaan rumah kayu 2 tingkat ini sangat unik dan bercirikan rumah tradisional Melayu Perak.
Banyak kisah dan cerita yang dapat kita dengar dengan pelbagai versi kisah cerita yang berbeza berkenaan rumah Nenek Norma ini...diceritakan juga dimana terdapat pemaju yang cuba menawarkan untuk membeli tapak rumah tersebut namun Nenek Norma tetap dengan pendiriannya tidak mahu menjualkan harta miliknya itu kepada sesiapa. Sungguh kuat sekali jati diri yang terdapat pada Nenek Norma ini dalam mempertahankan apa yang dimilikinya @ rumah kesayangannya.
Dikhabarkan juga pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak pemaju dalam memujuk Nenek Norma untuk menjualkan tapak rumah kesayangannya itu...bertahun² lamanya namun tidak pernah berjaya.
Sayang seribu kali sayang, akhirnya pada tahun 2013 rumah yang mempunyai nilai bersejarah ini terpaksa juga dilepaskan. Rumah yang berusia lebih 90 tahun ini telah di pindahkan ke Balai Seni Negara Jalan Tun Razak. Difahamkan pembinaan semula rumah bersejarah ini menggunakan bahan binaannya yang asli...hampir 70 peratus adalah daripada struktur rumah asalnya.
PADA PENDAPAT AKU, KEKENTALAN HATI DALAM DIRI NENEK NORMA INI SEMEMANGNYA HARUS DIPUJI KERANA SANGGUP MEMPERTAHANKAN HARTA HAK MILIKNYA...SEMESTINYA RUMAH ITU BANYAK MENINGGALKAN KENANGAN PAHIT MANIS SEPANJANG PERJALANAN KEHIDUPANNYA SUATU KETIKA DAHULU. JADI MUNGKIN DISEBABKAN ITU JUGALAH NENEK NORMA SANGGUP BERBUAT DEMIKIAN. HEBATNYA NENEK NORMA...
👍👍👍
AL-FATIHAH BUAT NENEK NORMA...
بِسْـــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِاٌلرَّحِيْـــمِ...
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ * اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ * مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ * إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ * إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ * صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ *
آمِـــــــــين...
Semoga Roh ALLAHYARHAMAH NENEK NORMA Ditempatkan Dikalangan Orang² Yang Beriman Dan Juga Beramal Soleh...
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...
#ADMIN GROUP MALAYSIA KU DULU DULU...

KUALA LUMPUR - TAHUKAH ANDA?

JALAN DOKTOR LATIF KUALA LUMPUR
Sekiranya kita ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, kita akan melalui Jalan Doktor Latif....
Siapakah Doktor Latif?
Beliau ialah Tan Sri Dato Dr. Abdul Latif bin Abdul Razak, doktor Melayu pertama di Persekutuan Tanah Melayu.
Dilahirkan pada tahun 1889 di Pasir Penambang, Kuala Selangor, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sabak Bernam dan menyambung pelajarannya ke Victoria Institution Kuala Lumpur.
Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di Medical School Singapura dan merupakan antara 23 pelajar pertama The straits Settlement dan Federated Malay State Government melanjutkan pelajaran di sana.
Setelah menamatkan pengajian dalam bidang perubatan, beliau ditugaskan dibeberapa hospital seperti di Klang, Kuantan, Pekan dan Hospital Besar Kuala Lumpur (Sekarang HKL)...
Beliau bersara dari bidang perubatan pada tahun 1936 dan meninggal dunia pada 1956. Selepas dari era beliau , lahir beberapa orang lagi tokoh perubatan melayu seperti Tan Sri Dr. Salma Ismail (Wanita Melayu pertama bergelar Doktor Perubatan), Tun Dr. Mahathir Mohammed, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan ramai lagi....



JALAN RAJA CHULAN KL
Bagi generasi lama Kuala Lumpur pasti ingat Jalan Weld.....Pada tahun 1982, Jalan Weld di Kuala Lumpur telah ditukar nama kepada Jalan Raja Chulan....
Siapa Raja Chulan?
YTM Raja Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah anak raja Perak yang menjadi orang Melayu pertama berkhidmat dengan Malay Civil Services.
Ayahnya ialah Almarhum Sultan Abdullah yang dibuang daerah ke Pulau Seychelles kerana terlibat dalam komplot pembunuhan Residen Inggeris di Perak , J.W.W. Birch di Pasir Salak pada 1 November 1875.
Raja Chulan juga merupakan antara orang yang berperanan (bersama dengan Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Idris, Tuanku Muhammad ibn Yamtuan Antah dan Datuk Abdullah Haji Dahan) dalam pembentukan Rejimen Askar Melayu Diraja yang dibentuk pada tahun 1933.
Baginda mangkat pada 10 April 1933 dan dikebumikan di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan di Kuala Kangsar.
Selain dari Jalan Raja Chulan, sebuah hotel bertaraf 5 bintang iaitu "The Royale Chulan Kuala Lumpur" di Jalan Conlay dan SMK Raja Chulan di Ipoh, Perak adalah sebagai menghornati beliau....


DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
Tahukah anda apakah nama DBKL sebelum ini....
1890 - Kuala Lumpur Sanitary Board
1912 - Kuala Lumpur Town Board
1930 - Kuala Lumpur Municipality (Majlis Mesyuarat Perbandaran KL
1958 - Commissioner of Federal Capital (Pesuruhjaya Ibu Kota)
1972 - Hingga kini : Dewan Bandaraya KL (KL City Hall)


ZETRO HI-PARK
Bagi yang tinggal di kawasan Wangsa Maju, Kuala Lumpur... pasti pernah melalui Seksyen 5 dan pasti terlihat bangunan ini...
Zetro Hi-Park adalah milik Kementerian Pertahanan (Mindef 2), bangunan ini menjadi mercu tanda dari arah Setiawangsa menuju ke arah Wangsa Maju.
Otai lama Wangsa Maju pasti ingat sekitar 90 an dulu bangunan ini pernah menjadi Bangunan Akademi TV3, dimana mereka yang mengikuti pengajian di Akademi ini dijamin akan mendapat pekerjaan di TV3. Namun pada 2003, Pihak TV3 menjual bangunan ini kepada SAL College. Cuma saya tidak pasti bila bangunan ini menjadi milik Zetro Aerospace and Defence Sdn Bhd.
Sekiranya maklumat saya ini ada kesilapan , harap ada yang sudi membetulkannya....


JALAN LOKE YEW KUALA LUMPUR
Siapakah dia disebalik nama Jalan Loke Yew di Kuala Lumpur.... Jalan Loke Yew di Bentong dan Jalan Loke Yew di Tanjong Malim Perak....
Beliau ialah Wong Loke Yew seorang jutawan dan ahli perniagaan yang mengusahakan Lombong Bijih, bidang hartanah dan juga getah.
Beliau juga adalah seorang aktivitis masyarakat yang banyak membantu masyarakat tanpa mengira kaum dalam bidang pendidikan dan lain-lain malah beliau adalah salah seorang pengasas Victorian Institution Kuala Lumpur.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1917 di Batu Road Kuala Lumpur...



JALAN RAJA LAUT KUALA LUMPUR
Jalan Raja Laut memang cukup terkenal bagi penghuni KL...
Siapa Raja Laut sebenarnya?
Beliau ialah Raja Muda Laut Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah, lahir pada 1850. Dinamakan Laut kerana baginda dilahirkan ketika bondanya berada di perairan sekitar Lukut.
Dikisahkan baginda kemudianya dijadikan anak angkat oleh Raja Juma’at lalu menjadi saudara tiri kepada putera kandung Raja Juma’at, iaitu Raja Bot (Jalan Raja Bot Kuala Lumpur)
Raja Laut adalah pengasas kepada Kuala Lumpur Sanitary Board sewaktu ia ditubuhkan pada tahun 1890.
Beliau juga adalah penghulu dan magistrate di Kuala Lumpur.
Malah beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan Sekolah Melayu pertama di Kuala Lumpur...
Raja Laut dilantik menjadi Raja Muda Selangor pada tahun 1898.
Raja Muda Laut berkahwin dengan Raja Daing Chahaya dan dikurniakan seorang putera, iaitu Raja Alang (Jalan Raja Alang Kuala Lumpur)..
Keluarga diraja ini tinggal di sebuah rumah dikawasan ‘Batu Road’ pada ketika itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan ‘Kampong Gonggang’, iaitu nama asal jalan Ampang. Nama Raja Laut diabadikan sebagai nama sebuah jalan yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Baginda meninggal dunia pada tahun 1915.



SARAH HUGHES @ GLOBE SILK STORE
Kalau anda ke Jalan Tuanku Abdul, anda pasti jumpa Kedai Kain bernama Sarah Hughes @ Globe.....
Bagi Otai Kuala Lumpur pasti terkenang Kedai Kain Globe Silk Store... itulah Sarah Hughes @ Globe sekarang....
Globe Silk Store menutup perniagaannya pada 2005 setelah beroperasi di Kuala Lumpur sejak 1947 dan diambilalih oleh Sarah Hughes @ Globe...
Bila sebut Globe Silk Store (GSS), saya pasti terkenang arwah Ibu saya Hjh Yang Chik.... GSS sangat sinonim dengan arwah Ibu saya.... kerana di kedai inilah (GSS) arwah ibu saya saban tahun akan membeli baju raya kami adik beradik sekitar 60 an dan 70 an dulu....
Masa tu GSS sangat popular dikalangan penduduk KL....Kini GSS hanya tinggal Kenangan....


LORONG HAJI TAIB, KUALA LUMPUR
Bila sebut Lorong Haji Taib di Kuala Lumpur... semua warga KL tahu kawasan itu kawasan apa.... Namun bukan itu yang hendak dinyatakan di sini... apa yang perlu kita ketahui ialah siapa itu Haji Taib....
Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad (1858-1925), yang juga dikenali sebagai Haji Mohamed Taib dianggap sebagai hartawan yang berpengaruh dalam sejarah awal Kuala Lumpur.
Haji Taib dilahirkan di Batusangkar, Sumatera Barat dan berpindah ke Kuala Lumpur pada umur 18 tahun. Beliau memiliki lombong timah, tanah perkebunan dan banyak rumah dan kedai yang kebanyakannya di Jalan Melayu, Kuala Lumpur.
Beliau adalah kenalan rapat kepada Sultan Abdul Samad. Pada akhir abad ke-19, Haji Taib adalah salah satu daripada pedagang terkaya di Kuala Lumpur. Dia mempunyai 10 anak, enam anak lelaki dan empat anak perempuan. Saudaranya, Haji Abbas bin Haji Abdul Samad, juga dianggap sebagai pedagang terkemuka di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.
Hari ini, terdapat sebuah jalan yang dinamakan sempena beliau di tengah-tengah Kuala Lumpur, yang dikenali sebagai 'Lorong Haji Taib'.



JALAN NAKHODA YUSOF, CHERAS, KL
Setiap kali melalu sesuatu jalan itu....saya cukup berminat untuk mengetahui siapakah insan disebalik nama pada sebatang jalan itu....
Dulu masa sekolah bila belajar subjek sejarah, kenapa nama Nakhoda Yusof ini tak pernah timbul...yang timbul nama Yap Ah Loy.....
Sedangkan Nakhoda Yusof adalah orang yang hidup sezaman dengan Yap Ah Loy....
Dia adalah ahli perniagaan Melayu yang hidup di era Yap Ah Loy dan namanya hanya tertulis pada sebatang jalanraya dan tidak pernah tertulis dalam mana mana buku teks sejarah di zaman saya dulu....tak tahulah zaman sekarang....
Nakhoda Yusof, yang juga dikenali dengan nama Che Soh, ialah seorang ahli perniagaan yang berasal dari Losong, Kuala Terengganu, yang dikatakan berniaga rempah ratus.
Beliau dikatakan berdagang menggunakan kapal dan sering berlabuh di tapak Masjid Jamek sekarang, iaitu pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Kelang.
Malah dikatakan oleh waris Nakhoda Yusof , beliau tiba di Kuala Lumpur lebih awal dari Yap Ah Loy....
Sebenarnya ramai lagi tokoh-tokoh sejarah Melayu yang tidak pernah diketengahkan ... ada yang hanya tertulis di sebatang jalan.... nama seperti Abdullah Hukum, Khatib Koyan, Haji Taib (Lorong Hj Taib), Raja Laut , Jalan Maarof di Bangsar dan banyak lagi....
Semoga nama mereka tidak hanya kita lihat di jalan jalan sahaja tanpa kita mengetahui apa sumbangan mereka kepada bangsa dan negara kita....


SIAPA ABDULLAH HUKUM?
Haji Abdullah Hukum bin Abdul Rahim @ Muhammad Rukun berhijrah ke Kuala Lumpur dari Selangor pada 1850.
Beliau telah mendapat kebenaran untuk membuka daerah Pudu dan Bukit Bintang untuk menanam sayur, tebu, pisang, sireh dan bersawah padi. Haji Abdullah merupakan penghulu di Pudu dan Bangsar selama 7 tahun.
Haji Abdullah juga telah membuka kebun di Bukit Nanas dan Sungai Putih. Di kawasan Sungai Putih terdapat sebuah perkampungan yang bernama Kampung Abdullah Hukum. Ada juga Kampung Kerinci yang mengambil nama suku Kerinci.
Haji Abdullah kemudian menjadi Penghulu Sungai Putih. Pada masa itu, kaum Cina dan India berserta kaum Melayu yang membuka Sungai Putih berada di bawah pemerintahan tradisional naungan Penghulu Haji Abdullah. Oleh kerana Haji Abdullah dapat menyatukan penduduk Sungai Putih nama kawasan tersebut digelar Bangsa iaitu tempat bangsa-bangsa hidup bersama. Nama Bangsar itu berasal dari perkataan Bangsa sebagaimana ditulis di dalam buku Selagi Hayat Dikandung Badan terbitan MPH.
Di dalam catatan Haji Abdullah ada menyatakan Sungai Seputih yang dibukanya telah menjadi "Bangsar Road".
Jika anda naik Putra LRT dan melalui Stesen Abdullah Hukum, ambilah sedikit masa untuk sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.



JALAN CHOW KIT
Sebut jalan Chow Kit semua orang tahu dan kenal walaupun dia bukan warga Kuala Lumpur....Malah ada lagu bernama Chow Kit Road yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad....
Namun siapakah individu yang bernama Chow Kit ini...
Chow Kit atau nama sebenarnya ialah Loke Chow Kit, adalah seorang tokoh perniagaan terkemuka di Kuala Lumpur disekitar abad ke 19. Sebelum memiliki perniagaan sendiri ( Chow Kit & Co.) Loke Chow Kit pernah bekerja dengan sebuah Syarikat yang dimiliki oleh Loke Yew (juga terdapat jalan Loke Yew di Kuala Lumpur).
Walaupun sibuk dengan perniagaan, Loke Chow Kit turut terlibat dalam beberapa aktiviti aktiviti sosial dan masyarakat...Atas sumbangan dan jasa beliau kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan keturunan, beliau telah dianugerahkan dengan Jaksa Pendamai (JP) dan merupakan Rakyat Malaysia keturunan Cina yang pertama menerima anugerah tersebut.... Loke Chow Kit juga adalah antara individu terawal yang memiliki talipon peribadi di kediaman beliau.
Beliau meninggal dunia pada 29 Ogos 1918 dikediamannya di Jalan Ampang , Kuala Lumpur akibat radang paru paru...


JALAN YAP KWAN SENG KUALA LUMPUR
Yap Kwan Seng adalah merupakan Kapitan Cina terakhir di Kuala Lumpur dari 1889 hingga 1902. Beliau juga adalah pengasas Tung Shin Hospital pada 1881 yang ketika itu terletak di Sultan Street Kuala Lumpur. Beliau meninggal dunia pada tahun1902.



JALAN MAAROF, BANGSAR KL
Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat beli beli Bangsar.
Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari. Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan.
Orang kenal dengan seniman agung Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, tapi tak ramai yang tahu atau kenal dengan ayahnya, Allahyarham Maarof Zakaria...
Maarof Zakaria ialah seorang peguam dan pengasas Bank Kebangsaan Melayu (Malay National Bank) pada tahun 1947.
Namun tragedi sedih berlaku, selepas 6 bulan beroperasi, beliau telah ditemui mati tergantung disebatang pokok di Batu 13 Jalan Kuala Lumpur-Bentong.
Peristiwa pembunuhan pegawai bank ini hampir menyamai pembunuhan pegawai Bank Bumiputera Finance di Hong Kong , Abdul Jalil Ibrahim yang akhirnya membongkar Skandal BMF.
Bagi mengenang jasa beliau, sebatang jalan di Bangsar telah dinamakan Jalan Maarof.



Hj Zulheimy Maamor
Last Update:
14/12/2024: 2.05 p.m

KUALA LUMPUR - NOSTALGIA PANGGUNG ALHAMBRA



Bagi generasi Kuala Lumpur yang membesar sekitar tahun 70 an pasti ingat sebuah panggung wayang bernama Alhambra yang terletak di Setapak Kuala Lumpur....bersebelahan masjid Jami'ul Ehsan...
Nama Alhambra diambil sempena nama sebuah kubu Kerajaan Islam di Granada Sepanyol dibina semasa Pemerintahan Kerajaan Umayyah II di Spain...
Panggung Alhambra meninggalkan banyak kenangan bagi saya kerana di depan panggung inilah saya dan kawan kawan sekolah High School Setapak (kini SMT Tinggi Setapak) menunggu bas Len Seng (kalau tak silap bas 175) untuk ke Sekolah yang terletak di Jalan Ayer Panas (tahun 1974-78).... Panggung ini banyak menayangkan filem filem Cina....
Kini bangunan panggung Alhambra sudah tidak ada lagi, ianya telah ditutup sekitar tahun 80 an dahulu lagi....tapaknya sekarang ialah telah dibina sederet kedai termasuk KFC....
Sebenarnya dijalan dihadapan panggung ini dahulu banyak kenangan kenangan dan sejarah tercipta....
Antaranya dihadapan jalan ini lah Allahyarham A.R Tompel (watak RE dalam filem DO RE MI) menemui ajal setelah dilanggar oleh sebuah kereta pada tahun 1973 (beberapa bulan sebelum P.Ramlee meninggal dunia)....
Tidak jauh dari panggung Alhambra terdapat simpang menuju ke Jalan Gombak dan terdapat sebuah pejabat Pos di situ....Di situlah lokasi penggabarran filem "Masam2 Manis" arahan P.Ramlee. Scenenya, Sharifah Hanim mengepos surat, kemudian naik bas dan bertemu P.Ramlee.
Tidak jauh dari panggung Alhambra ini jugalah seorang lagi Pelakon meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya iaitu Allahyarhamah Norma Yuzie pada 20 Julai 1977... beliau berusia 29 tahun ketika itu (masih muda)....
Saya masih melalui jalanraya ini jika hendak ke Hospital Kuala Lumpur dari rumah saya di Lembah Keramat.... setiap kali lalu depan KFC saya pasti terkenang suasana ketika menunggu bas untuk ke Sekolah didepan panggung Alhambra ini ... kini ianya hanya tinggal kenangan.....

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
14/12/2024: 1.59 p.m