Nama Alhambra diambil sempena nama sebuah kubu Kerajaan Islam di Granada Sepanyol dibina semasa Pemerintahan Kerajaan Umayyah II di Spain...
Panggung Alhambra meninggalkan banyak kenangan bagi saya kerana di depan panggung inilah saya dan kawan kawan sekolah High School Setapak (kini SMT Tinggi Setapak) menunggu bas Len Seng (kalau tak silap bas 175) untuk ke Sekolah yang terletak di Jalan Ayer Panas (tahun 1974-78).... Panggung ini banyak menayangkan filem filem Cina....
Kini bangunan panggung Alhambra sudah tidak ada lagi, ianya telah ditutup sekitar tahun 80 an dahulu lagi....tapaknya sekarang ialah telah dibina sederet kedai termasuk KFC....
Sebenarnya dijalan dihadapan panggung ini dahulu banyak kenangan kenangan dan sejarah tercipta....
Antaranya dihadapan jalan ini lah Allahyarham A.R Tompel (watak RE dalam filem DO RE MI) menemui ajal setelah dilanggar oleh sebuah kereta pada tahun 1973 (beberapa bulan sebelum P.Ramlee meninggal dunia)....
Tidak jauh dari panggung Alhambra terdapat simpang menuju ke Jalan Gombak dan terdapat sebuah pejabat Pos di situ....Di situlah lokasi penggabarran filem "Masam2 Manis" arahan P.Ramlee. Scenenya, Sharifah Hanim mengepos surat, kemudian naik bas dan bertemu P.Ramlee.
Tidak jauh dari panggung Alhambra ini jugalah seorang lagi Pelakon meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya iaitu Allahyarhamah Norma Yuzie pada 20 Julai 1977... beliau berusia 29 tahun ketika itu (masih muda)....
Saya masih melalui jalanraya ini jika hendak ke Hospital Kuala Lumpur dari rumah saya di Lembah Keramat.... setiap kali lalu depan KFC saya pasti terkenang suasana ketika menunggu bas untuk ke Sekolah didepan panggung Alhambra ini ... kini ianya hanya tinggal kenangan.....
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
14/12/2024: 1.59 p.m
No comments:
Post a Comment