Saturday, December 14, 2024

KUALA LUMPUR: RUMAH NENEK NORMA DI CHOW KIT



RAMAI YANG MENGGELARKANNYA RUMAH DEGIL...
Rumah ini terletak di No.41 Jalan Chow Kit Kuala Lumpur...iaitu di tengahยฒ pusat bandar dan juga tempat tumpuan orang ramai di ibu kota Kuala Lumpur. Struktur pembinaan rumah kayu 2 tingkat ini sangat unik dan bercirikan rumah tradisional Melayu Perak.
Banyak kisah dan cerita yang dapat kita dengar dengan pelbagai versi kisah cerita yang berbeza berkenaan rumah Nenek Norma ini...diceritakan juga dimana terdapat pemaju yang cuba menawarkan untuk membeli tapak rumah tersebut namun Nenek Norma tetap dengan pendiriannya tidak mahu menjualkan harta miliknya itu kepada sesiapa. Sungguh kuat sekali jati diri yang terdapat pada Nenek Norma ini dalam mempertahankan apa yang dimilikinya @ rumah kesayangannya.
Dikhabarkan juga pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak pemaju dalam memujuk Nenek Norma untuk menjualkan tapak rumah kesayangannya itu...bertahunยฒ lamanya namun tidak pernah berjaya.
Sayang seribu kali sayang, akhirnya pada tahun 2013 rumah yang mempunyai nilai bersejarah ini terpaksa juga dilepaskan. Rumah yang berusia lebih 90 tahun ini telah di pindahkan ke Balai Seni Negara Jalan Tun Razak. Difahamkan pembinaan semula rumah bersejarah ini menggunakan bahan binaannya yang asli...hampir 70 peratus adalah daripada struktur rumah asalnya.
PADA PENDAPAT AKU, KEKENTALAN HATI DALAM DIRI NENEK NORMA INI SEMEMANGNYA HARUS DIPUJI KERANA SANGGUP MEMPERTAHANKAN HARTA HAK MILIKNYA...SEMESTINYA RUMAH ITU BANYAK MENINGGALKAN KENANGAN PAHIT MANIS SEPANJANG PERJALANAN KEHIDUPANNYA SUATU KETIKA DAHULU. JADI MUNGKIN DISEBABKAN ITU JUGALAH NENEK NORMA SANGGUP BERBUAT DEMIKIAN. HEBATNYA NENEK NORMA...
๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
AL-FATIHAH BUAT NENEK NORMA...
ุจูุณู’ู€ู€ู€ู…ู ุงูŒู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงูŒู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ูุงูŒู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู€ู€ู€ู…ู...
ุฃูŒู„ุญูŽู…ู’ุฏูู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุฑูŽุจู ุงูŒู„ู’ุนูŽู„ูŽู…ููŠู†ูŽ * ุงูŒู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงูŒู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู * ู…ูŽู„ููƒู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงูŒู„ุฏูู‘ูŠู’ู†ู * ุฅููŠูŽู‘ุงูƒูŽ ู†ูŽุนู’ุจููˆู’ุฏู ูˆูŽุฅููŠูŽู‘ุงูƒูŽ ู†ูŽุณู’ุชูŽุนููŠู’ู†ู * ุฅูŒู‡ู’ุฏูู†ูŽุง ุงู„ุตูู‘ุฑูŽุทูŽ ุงูŒู„ู’ู…ูุณู’ุชูŽู‚ููŠู’ู…ู * ุตูุฑูŽุทูŽ ุงูŒู„ูŽู‘ุฐููŠู’ู†ูŽ ุฃูŽู†ู’ุนูŽู…ู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู‘ู…ู’ ุบูŽูŠู’ุฑูุงูŒู„ู’ู…ูŽุบู’ุถูุจู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ุงูŽ ุงูŒู„ุถูŽู‘ุขู„ูู‘ูŠู†ูŽ *
ุขู…ูู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู†...
Semoga Roh ALLAHYARHAMAH NENEK NORMA Ditempatkan Dikalangan Orangยฒ Yang Beriman Dan Juga Beramal Soleh...
ุงูŽู…ููŠู† ูŠูŽุง ุฑูŽุจู‘ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†...
#ADMIN GROUP MALAYSIA KU DULU DULU...

No comments: